My College Fund

Bitcoin

Jadi, apa itu bitcoin yang menjadi perbualan hangat kini hinggakan masuk dalam buku teks ekonomi tingkatan 4 dan masuk tv tu.



APA ITU BITCOIN?

Bitcoin (dengan 'B' besar) merupakan sistem pembayaran yang diperkenalkan sebagai perisian sumber-terbuka pada 2009 oleh pembangun/pengaturcara komputer Satoshi Nakamoto. Pembayaran yang dilakukan melalui sistem akan direkodkad di lejar awam menggunakan unit akaunnya yang tersendiri, yang juga dikenali sebagai bitcoin (dengan 'b' kecil). Pembayaan dijalankan secara peer-to-peer tanpa repositori berpusat atau satu pentadbir. Sebab itu la Perbendaharaan Amerika Syarikat menggelarkan bitcoin sebagai matawang maya nyah-pusat. Walaupun status bitcoin sebagai matawang dipertikai, tetapi berita-berita media selalu merujuk bitcoin sebagai matawang-kripto atau matawang digital.



Kenapa bitcoin?

Seperti yang kita pelajari dalam buku sejarah, zaman dahulu manusia menggunakan sistem barter, yakni sistem pertukaran barang yang dipersetujui bersama, contohnya seekor lembu ditukarkan dengan 7 ekor kambing, beras dengan gandum, dan sebagainya. Atas sebab-sebab tertentu, seperti kesukaran menyimpan, jangka hayat komoditi, pemalsuan misalnya, lama-kelamaan sistem ini digantikan dengan menggunakan token pertukaran tertentu seperti batu besar, siput cowrie, kemudiannya emas dan perak dan akhirnya wang kertas.

Tidak seperi zaman 1980an, di mana anda mendapat gaji secara tunai. (beratur di kaunter bendahari majikan untuk mengambil gaji tunai). Pada zaman ini pertukaran wang boleh dilakukan secara digital sepenuhnya, sebagai contoh majikan guna komputer tolak RM2000 dari akaun majikan, dan masukkan RM2000 kedalam akaun bank anda sebagai gaji setiap bulan. Kemudiannya anda membuka laman web bank untuk bayar bil letrik, astro, air dan sebagainya.

Bagi sesetengah perkhidmatan, pihak bank, mengenakan caj yang tinggi dan riba (faedah). Sesetengah individu mengganggap masalah kewangan dunia, berpunca dari sistem ekonomi perbankan yang ada sekarang. Maka dengan itu, bitcoin tercipta.

Kenapa simpan bitcoin?

Bitcoin cuma dan hanya akan ada 21 Juta bitcoin (BTC) sahaja dalam dunia ini. Buat masa ini lebih 16 Juta BTC telah diagihkan. Kerana bilangan yang terhad, dan kepopularitian bitcoin, harga bitcoin semakin lama semakin naik. Sebagai contoh: transaksi pertama bitcoin adalah 2 pizza besar pada harga 10,000 bitcoin. Hari ini, 10,000BTC berharga dekat RM 200Juta (sekiranya 1BTC = RM20,000).

Screen capture harga bitcoin di Luno (17 Ogos 2015 - 16 Ogos 2017) ... terendah RM600, tertinggi RM19,486

Dalam tempoh dua tahun ini, 1 bitcoin yang harga terendah RM600, kini bernilai setinggi RM19,486 ... peningkatan 3267.47% (hampir 33 kali ganda!)... BR1M RM1200 dua tahun lepas, kalau simpan dalam bitcoin boleh jadi  RM 38,972...!!!

WALLET

Bila dah ada duit digital bitcoin, nak simpan di mana? Mestilah dalah dompet digital. Dompet digital ni terdapat beberapa jenis

antara dompet digital yang mudah adalah:
Mobi.me
Wirex
Xapo

Dompet-dompet di atas mempunyai kad debit Visa yang membolehkan anda membelanjakan bitcoin anda.

Walaubagaimana pun dompet-dompet di atas tidak memberikan anda private keys. Kelebihannya, anda boleh reset password kalau lupa. kekurangannya: anda terpaksa percaya kepada mereka.
Terdapat juga dompet-dompet yang memberikan anda private key. contohnya:

Coinomi
Jaxx

Dompet yang memberikan anda privatekeys ini lebih selamat kerana hanya anda sahaja yang tahu private keys ini. Malah ini juga adalah bukti mutlak yang membuktikan anda adalah pemilik coin tersebut. Kekurangan dompet wallet key ini, mereka tidak menyimpan password anda, sekiranya anda terlupa private key ini, anda tidak dapat mengakses bitcoin anda sehinggalah anda ingat semula.

Coinomi dan Jaxx merupakan multiple coin wallet, anda boleh menyimpan coin lain seperti ethereum, dash, dan lain-lain. Malah menukarkan bitcoin anda kepada coin lain.

Kat mana nak beli bitcoin?

Bitcoin boleh dibeli saya, dari penjual individu melalui Remitano dan Localbitcoin.
Di Malaysia, bitcoin boleh dibeli di
Luno
menggunakan bank Malaysia seperti CIMB dan Maybank

.

Boleh percaya ke bitcoin ni?


dah masuk TV dunia, dah masuk TV Malaysia bro...

.

Ada ke orang nak terima bitcoin untuk urusan jual beli?


Ada, boleh beli kuih raya...


boleh beli durian...

.

Bitcoin ni boleh ke cucuk keluar duit kat bank ATM Malaysia tu?


apa pulak tak boleh, perhatikan design kad itu dengan design dalam telefon.

bitcoin faucet?

klik di sini
klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...