My College Fund

Kenapa mat salleh ni nyanyi Standing in the Eyes of the World? Rupa-rupanya lagu Ella tu...



Jeng-jeng-jeng... lagu lejen Ella yang dinyanyikan masa Sukan SEA 2017 kat Kuala Lumpur tu kalau korang nak tahu, (especially yang muda-muda lahir tahun 2000 ke atas ni) pernah dinyanyikan oleh Ella pada 1998. Tahun tu ada Sukan Komanwel kat Kuala Lumpur masa itu kalau korang nak tahulah...

...tapi kenapa sama dengan yang mat salleh ni nyanyi erk?...



sama kan? siapa tiru siapa eh?

kenapa lagu Ella tu tajuknya "Standing in the Eyes of the World" dan bukannya diterjemah "Berdiri di atas Mata Dunia"?

rupa-rupanya lagu Ella yang Standing in the Eyes of the world tu takde issue pun dengan David Gates... takde isu siapa tiru siapa. Masa 1998 dulu aku dah beli single lagu ini yang mengandungi kedua-dua versi Ella dan David Gates dalam satu kaset (masa tu mampu beli kaset jer... CD mahal gilozz).

Bukan mudah menjadi jururawat

#Jururawat: Nak jadi jururawat ni bukannya mudah... masa saya dulu...
1) Result SPM kena OK...
2) Sebelum diterima ada ujian kertas
3) Ada temuduga
Masa belajar pula minima 6 semester. Tetapi tidak seperti kursus lain di universiti, kejururawatan tidak banyak cuti... ...hanya 1-2 minggu sahaja cuti ini adalah cuti antara semester.
Tidak seperti di universiti, dalam kejururawatan, jika gagal walau satu mata pelajaran, walaupun semua A, tetapi ada satu F, selepas diberi peluang, perlu mengulang seluruh semester dengan semua yang A tu direset semula jadi kosong.
...bukan senang nak jadi jururawat

Negara kekurangan jururawat*, dengan nisbah 1:297** ... rata-rata jururawat di Malaysia menanggung 49.5% lebih beban berbanding saranan Dunia WHO (1:200)... saya tidak hairan jika kualiti perkhidmatan tidak setaraf dunia.

Jururawat kita sebenarnya berkualiti, jika tidak, masakan jururawat Malaysia menjadi rebutan di Singapura malah di sesetengah negara, gaji permulaan yang diterima jururawat dari Malaysia adalah RM10,000 sebulan****, 20% melebihi gaji bagi jururawat dari beberapa negara ASEAN dan Selatan Asia...

Dengan gaji mula 5 kali ganda di luar negara, dan kurangnya penghargaan di dalam negara (seperti yang tular dan sohor kini baru-baru ini), padanlah ramai jururawat-jururawat memilih untuk keluar negara...

...padanlah masa saya belajar dahulu, ada kontrek ikatan RM50,000 sekiranya lari...

sekian terima kasih

*(http://www.utusan.com.my/berita/nasional/negara-kekurangan-jururawat-1.480717)
**(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/05/11/nisbah-jururawat-penduduk-malaysia)
***(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/16/jururawat-malaysia-jadi-rebutan-hospital-singapura)
****(https://www.hmetro.com.my/node/160340)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...