My College Fund

10 jam menunggu F.I.Z.O - inilah formula kejayaan Fizo Omar tu


Syukur saya kerana mendapat jemputan menghadiri Daya e-Usahawan. Program ini diadakan selama dua hari di PWTC. Saya dipilih menyertai forum usahawan berbanding berbanding seminar (kelas/bengkel) yang juga diadakan pada masa yang sama. Turut diadakan bersama juga adalah forum pelajar (yang ini lebih menjurus kepada siswa di universiti).

Sepanjang hari, event dijuruacarakan oleh Fizo Omar dan rakan-rakan. dan Fizo Omar mendedahkan formula F.I.Z.O. yang diberikan sedikit-sedikit sebagai untuk mengisi acara dari 9 pagi hingga 7 petang.

Anda bertuah kerana tak perlu menunggu 10 jam macam saya dan peserta pada hari itu untuk mengetahui penuh formula ini.

Oleh kerana notebook catatan hilang pada hari kedua. Saya akan cuba sampaikan apa yang saya ingat

F Focus & Figure

Fokus - dari singkatan-songsang follow one course until successful - sefaham saya, kena fokuskan 1 'bidang' sampai kawtim / settle / berjaya. (2 pun boleh, tapi 1 bidang la, contoh goreng mi pasar malam, dan katering = makanan)

Figure - angka - peniaga kena tahu bab angka-angka ni. maksudnya kena tahu berapa harga, berapa masuk, berapa laku, berapa tak laku.

I = Intention

ataupun niat. Niat kena betul: kerana Allah, untuk membantu

Z = Zakat

FIZO kata bayar zakat, masuk duit. Bab ini korang kena percaya bab agamalah bab ini.

O = Opporturnity

Opporturnity = Yang ni saya blur sikit apa maksud Fizo. Ada peluang ambik kot? atau cipta sendiri peluang


OK itu je yang saya ingat. Semoga anda mendapat manfaat. Sebarkan yer.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...