My College Fund

Duit masuk walau blog dah tidak kemaskini

Ada rakan-rakan blog yang merancang nak tutup dan delete blog sebab mereka sudah tidak minat nak berblog. Tahukah anda yang sudah senyap boleh menjana sedikit pendapatan?

Sekiranya anda membiarkan blog anda wujud dan ada letak iklan sama ada adsense, advertlets, nuffnang ... mungkin akan ada orang klik iklan dalam blog anda dan seterusnya mendatangkan pulangan kewangan kepada anda. Tapi kalau sekiranya anda delete blog... orang dah tak boleh klik iklan, jadi pendapatan terus kosong.

Sebaiknya anda beritahu yang anda sudah tidak minat berblog. Sebagai contoh tajuknya "Ini adalah post terakhir" dan nyatakan sebab anda. Sekurang-kurangnya orang tidak tesnyen tiada update... sebagai contoh "malas dah nak main blog, sekarang dah ada facebook" misalnya.

kesimpulannya:

Ada blog X Ada klik iklan = Ada duit
Tiada blog X Tiada orang klik iklan = tiada duit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...