My College Fund

Layan iPod Shuffle


 

Muzik ... satu perkataan yang menjadi sinonim dalam kehidupan kita seharian.. muzik berada dimana2....samada dari radio2 di kedai mamak, di stesen2 minyak.. gerai2 makan..di dalam pejabat.. dalam kereta dalam bas even sewaktu kita di dalam perut ibu kita masih boleh mendengar. Alunan2 muzik2 yang menusuk ke corong telinga lalu gegendang telinga bergetar di interpretasikan oleh otak membuatkan kita dapat membayangkan atau mengimbau sesuatu zaman atau peristiwa yang berlaku seiring dengan lagu yang sering dimainkan pada masa itu dan juga mempengaruhi mood seseorang . Aku pasti setiap insan melalui benda yang sama..... bila dipasang sesuatu lagu.. terus otak kita membayangkan apa yang terjadi waktu itu.. tengah dilamun cinta .. zaman2 persekolahan.. zaman2 nak amik periksa.. time tengah breakup.. frust menonggeng.. saat2 pertama kali bertemu..tercirit pada masa itu.. terkentut di dalam lif yeah.. aku pasti semua melaluinya..

Begitu juga aku.. insan yang berkayuh setiap hari ke tempat kerja.. yang sudah cukup muak dengan bunyi bunyian yang datang dari kenderaan2 di atas tar hitam yang seolah2 seperti okestra sumbang.. yang membingitkan telingaku.. di tambah pula manusia2 yang tiada kesabaran di atas jalan yang senantiasa membunyikan hon2 membuatkan aku menyumbatkan headset ke telinga ku untuk melayani kompilasi lagu2 di iPod Shuffle-ku.


inspired by:
http://rezdrake.blogspot.com/2009_04_10_archive.html
http://rezdrake.blogspot.com/search/label/mountainbiking
Posted by Picasa

1 ulasan:

  1. tudia.. kalah aku.. pakai ipod shuffle skang..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...