My College Fund

Add Sense la kawan

Kebiasaannya kita akan mengabaikan iklan-iklan yang ada di persekitaran. Sudah menjadi tabiat... misalnya pantang tengok iklan dalam TV, kita akan mencapai remote dan ubah rangkaian, padahal hiburan percuma tersebut wujud kerana adanya iklan.

Begitu juga dalam laman web, especially blog. Website-website tertentu terutama dengan nama dot com atau dot net tidak wujud dengan percuma. Ada seseorang membayarkan hosting dan domain name. Misalnya http://jururawat.net dibiayai sepenuhnya oleh saya walhal kandungan dalam laman web tersebut boleh dibaca secara percuma oleh semua orang. Kandungan dalam laman web jururawat tersebut telah diambil kesempatan oleh seseorang yang bukan dari profesyen kesihatan / paramedikal untuk menerbitkan sebuah buku tentang kejururawatan (yang hampir semua maklumat diperolehi daripada laman web) dengan tanpa izin, tanpa satu sen keuntunganpun diberikan kepada saya.

Jika anda ke sesuatu website, anda dapati ianya cool, atau anda boleh dapat manfaat (terutamanya jika anda mendownload) daripada website tersebut, kliklah pada iklan. Dengan klik pada iklan tersebut laman web tersebut mendapat manfaat, dan boleh terus memberikan anda perkhidmatan percuma kepada anda.

Bagi yang selalu menganjurkan seminar tentang menjana pendapatan dalam internet, semaikanlah budaya klik iklan ni kepada peserta anda. Bayangkan jika ramai orang klik pada iklan yang anda paparkan? 10,000 orang sehari, bukankah itu sap-sap-soi dapat $100. Bayangkan cek dari Google, setiap hari. So semaikan budaya klik iklan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...