My College Fund

Bumi balas dendam? aku kena belated april fool?

asiansweetheart.blogspot.comPunyalah mengantuk hari ini, pasai apa aku pun tak tau. Setelah berjuang berjam-jam menahan mengantuk, akhirnya aku terpaksa mengambil pendekatan drastik. So aku pun menambil satu sacet NesCaffein 3-in-1 dan kole ke office. Tetiba terdengar satu perbincangan pasal kawen2 nie... Bila aku suakan muka aku di situ tetiba aku ditanya oleh seorang gadis comel, sama ada aku nak pinang dia atau tak? err... Aku dengan cool mengiyakan sahaja pertanyaannya itu. (tapi awat lambat sangat kau tanya weh). Emm... Tentunya gadis itu telah disakat oleh staf-staf yang senior fikirku...

Di waktu lunch, aku instant messenging kawan lama ku, tiba-tiba aku terdengar suara seorang gadis menjerit... tidak pernah aku mendengar suara seorang gadis menjerit, lalu aku pun keluar, kalau tak dapat tolong, dapat blog pun jadilah. Aku ke office. Menurut rakan-rakanu, rupanya suara tadi itu dari gadis yang sama yang tanya aku pasal tunang. Pasti ada kawan2 gadis itu yang sakat kot. Aku lepak kat office sat berborak kosong dengan rakan setugas (ya kan ini waktu lunch). Lupa yang kawanku di KL sedang berasap menunggu chattingnya dibalas olehku.

Hai macam-macam perkara yang tak tersangka berlaku hari ini. Nak kata April Fool, hari ni kan dah 9 April. Adakah bumi membalas dendam kerana aku buat 'belated earth hour' hari tu? Oh kalau macam tu, aku ni kena 'belated april fool' lah...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...