My College Fund

Apa perlunya blog KBS?

Hari ini saya tertarik dengan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk KBS akan bina blog untuk dekati belia. Hasil keputusan PRU-12 baru ini, nampaknya peranan blog sebagai media alternatif telah diiktiraf. Walaubagaimanapun saya rasa Kementerian Belia dan Sukan tidak perlu begitu hype dengan nak buat blog. Kaji dahulu apa itu blog?

Blog bukannya benda yang berasingan daripada laman web. Blog cuma satu penyelesaian pengurusan kandungan yang direka sebegitu rupa agar ia memudahkan pengguna memaparkan kandungan internet.

Dalam erti kata lain, blog adalah cara mudah untuk yang pandai menaip, dan tak pakar IT ada laman web Utusan Malaysia mereka sendiri.

Sebelum adanya blog ini, laman web seolah-olah hanya dikhaskan untuk yang pandai IT. Syarikat-syarikat besar boleh mempunyai website kerana mereka boleh mengupah pembina laman web.

Dalam bidang hiburan, kalau dahulu, tak ramai artis yang ada laman web rasmi mereka sendiri. Yang ada laman web, hanya mengupah 'orang IT' buat laman web. Kini dengan munculnya penyelesaian blog, artis-artis dan orang seni seperti Afdlin Shauki, Patrick Teoh, dan Yasmin Ahmad mempunyai laman web mereka yang mereka sendiri uruskan. Artis-artis ini boleh menaip update terkini mengenai diri mereka. Ini memudahkan peminat mendapat info mengenai artis kesayangan mereka.

Saya selalu melayari blog Afdlin Shauki, daripada blognyalah saya tahu mengenai projek filemnya seperti Sumolah, Papadom dan Los & Faun. Blog Afdlin menaikkan minat saya untuk membeli album sulung beliau.

Untuk Kementerian Belia dan Sukan membina blog mereka rasanya tak perlu. Pertingkatkan laman web KBS agar ia sesuai dengan jiwa muda belia. Apa yang belia boleh dapat dengan melayari laman web KBS kini? Adakah orang muda dapat menyuarakan pandangan mereka dalam laman web tersebut? adakah ada benda free yang orang muda boleh dapat? Atau adakah ada pemberitahuan pasal kerja.

Mungkin KBS perlu ada dua laman web. Pertamanya laman web rasmi KBS untuk hal-hal rasmi dan serius, dan satu lagi laman web yang funky, underground, yang hype untuk orang muda, yang mana orang muda boleh sertai untuk melepaskan geram memberikan cadangan bernas untuk kementerian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...