My College Fund

ICT Week USM 2008 - Hari 2 - Pameran Bahagian Korporat

(Ubah topik) So berikut adalah gambar semasa Minggu ICT Hari kedua, semasa Naib Canselor datang melawat medan pameran Bahagian Korporat yang menonjolkan perkhidmatan Servisdesk@PPKT.



.

ICT Week USM 2008 - hari ke-2



1, 2,
3, 4.

1: Ruang-ruang pameran PPKT (Bahagian Perkomputeran Akademik & RnD, Bahagian Perkomputeran Pentadbiran, dan PPKT Kampus Kejuruteraan)

2: pelajar USM di booth Bahagian Pengurusan Korporat. Laptop yang aku beli guna duit loan BSN juga jadi mangsa show.

3: pelajar Sekolah Menengah Bukit Jambul di booth Bahagian Pengurusan Korporat - bagus... kecil-kecil sudah layan Ubuntu GNU/Linux

4: Selain mempromosikan Live@Edu, Micro$oft juga mempromosikan jelajah Micro$oft Fiesta Potensi yang bermula di Queensbay Mall hujung minggu ini.

ICT Week USM 2008 - Cisco Express - Network on Wheels

photo of my visits at Cisco Express - Network on Wheels -masuk kontena photo of my visits at Cisco Express - Network on Wheels -briefing
photo of my visits at Cisco Express - Network on Wheels -demonstartion photo of my visits at Cisco Express - Network on Wheels -exit

USM becomes the first Malaysian Universiti in Malaysia to be visited by Cisco Express Network on Wheels.

Networking company Cisco Systems Inc is out to give ICT week visitors a taste of its technology solutions via a travelling demo centre, named the Cisco Express-Network on Wheels.

Housed in a 40ft container, the centre is packing RM380mil worth of hardware and software to conduct the demostrations. It is on a six-week tour of the country, now is in Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This demonstration showcased Cisco solutions for unified communications, public-safety announcements, digital signages, building automation, energy control, facilities management, and more.

- edited from the Star Online

ICT Week USM 2008 - sekitar hari 1




Kiri Atas:Gambarajah contoh network dalam pameran Cisco Express

Kanan Atas:Apa itu Microsoft Live@Edu? salah satunya storan e-mel 5GB untuk pelajar (sahaja)

Kiri Bawah:Anda boleh konfigur USM hotspot dan pembersihan virus pada thumbdrive

Kanan Bawah:kontena Cisco Express - Network on Wheels di hadapan Kompleks Eureka, USM

Apa perlunya blog KBS?

Hari ini saya tertarik dengan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk KBS akan bina blog untuk dekati belia. Hasil keputusan PRU-12 baru ini, nampaknya peranan blog sebagai media alternatif telah diiktiraf. Walaubagaimanapun saya rasa Kementerian Belia dan Sukan tidak perlu begitu hype dengan nak buat blog. Kaji dahulu apa itu blog?

Blog bukannya benda yang berasingan daripada laman web. Blog cuma satu penyelesaian pengurusan kandungan yang direka sebegitu rupa agar ia memudahkan pengguna memaparkan kandungan internet.

Dalam erti kata lain, blog adalah cara mudah untuk yang pandai menaip, dan tak pakar IT ada laman web Utusan Malaysia mereka sendiri.

Sebelum adanya blog ini, laman web seolah-olah hanya dikhaskan untuk yang pandai IT. Syarikat-syarikat besar boleh mempunyai website kerana mereka boleh mengupah pembina laman web.

Dalam bidang hiburan, kalau dahulu, tak ramai artis yang ada laman web rasmi mereka sendiri. Yang ada laman web, hanya mengupah 'orang IT' buat laman web. Kini dengan munculnya penyelesaian blog, artis-artis dan orang seni seperti Afdlin Shauki, Patrick Teoh, dan Yasmin Ahmad mempunyai laman web mereka yang mereka sendiri uruskan. Artis-artis ini boleh menaip update terkini mengenai diri mereka. Ini memudahkan peminat mendapat info mengenai artis kesayangan mereka.

Saya selalu melayari blog Afdlin Shauki, daripada blognyalah saya tahu mengenai projek filemnya seperti Sumolah, Papadom dan Los & Faun. Blog Afdlin menaikkan minat saya untuk membeli album sulung beliau.

Untuk Kementerian Belia dan Sukan membina blog mereka rasanya tak perlu. Pertingkatkan laman web KBS agar ia sesuai dengan jiwa muda belia. Apa yang belia boleh dapat dengan melayari laman web KBS kini? Adakah orang muda dapat menyuarakan pandangan mereka dalam laman web tersebut? adakah ada benda free yang orang muda boleh dapat? Atau adakah ada pemberitahuan pasal kerja.

Mungkin KBS perlu ada dua laman web. Pertamanya laman web rasmi KBS untuk hal-hal rasmi dan serius, dan satu lagi laman web yang funky, underground, yang hype untuk orang muda, yang mana orang muda boleh sertai untuk melepaskan geram memberikan cadangan bernas untuk kementerian.

USM ICT Week 2008

Warga USM dan pengunjung konvokesyen USM bertuah kerana pada tahun ini Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, USM mengadakan Minggu ICT USM 2008. Syarikat-syarikat komputer terkenal seperti Cisco, Microsoft, Mesiniaga (IBM Malaysia). Anda boleh hadiri Minggu ICT USM 2008 ini di Kompleks Eureka USM (seberang masjid 'USM'). Agenda minggu ICT boleh didapati di sini

Are you with Adsense or against Adsense?

Hari ini aku login adsense.com aku dapati yang aku diberi pilihan untuk setuju dengan peraturan baru Adsense atau jika tidak... dibenarkan guna Adsense hingga 25 Mei 2008.

Yang menarik perhatian aku kali ini (ye la dulu aku main accept je) pada bahagian 3 perjanjian.
3. Communications Solely With Google.
You agree to direct to Google, and not to any advertiser, any communication regarding any Ad(s) or Link(s) displayed in connection with Your Property(ies).
Senang cerita... jika anda guna adsense dalam website. anda takleh guna iklan yang lain.

Cuma nak ingatkan kawan-kawan yang pakai adsense tu OK.

Breakfast at Buckty's

gambar awek gambar awek 2

Aku datang awal pagi ni. Sempatlah breakfast kat kafe favourite aku. Sempat jumpa kawanku makan yang bersama isterinya. Sebelah aku adalah seorang student Melayu yang sedang tekun belajar, sambil menunggu waktu kuliah. Kuliah dia lambat sikit kot. Aku pasti kalau kawan-kawan dia yang lain mesti tengah terbongkang meleleh air liur sedang lena mengambil kesempatan kelas yang lewat ni.

Kami bertegur, aku bertanyakan tentang nota ringkas kuliah yang penuh dengan rumus matematik comel yang berada didepannya. Katanya itu untuk subjek Statistics. Nota tu bukannya dia yang buat. Kawan dia yang buat. Dia pinjam je untuk revise. La dia buat rupanya, kalau tak dapatlah aku tahu berapa lama sehari dia peruntukkan untuk buat nota tu.

Kami sembang lagi, mulanya aku ingatkan dia ni student computer science. Ntahlah aku tak pasti, dia kata dia student Applied Science tak salah aku. lupa dah. ye la awek cun. Pastu aku tamatkan bicara kami. Ye lah tak mau mengganggu dia nak study untuk exam yang akan tiba seminggu je lagi.

Aku sambung breakfast sambil membelek surf internet menggunakan REZcom Broadband.
gambar kawan gambar laptop

Balik office lama sat

Petang tadi aku singgah ke office lamaku sekejap. Ada hal CRM dengan orang network. Ceh, dia takde dalam biliknya... Aku pun turun keluar nak balik. Kemudian seorang student practical minta tolong aku settlekan masalah student dengan laptopnya. Masalahnya website dia tak memaparkan gambar dan link yang betul lepas upload ke dalam geocities. Terus aku jawab dengan konfidennya yang hyperlink mereka salah... Alhamdulillah adalah sedikit ilmu untuk aku kongsi.

Sedang aku nak menyumpah mereka sebab tak belajar HTML. Baru la aku perasan yang depa ni cuma student farmasi je. Tetiba aku sabar, tarik nafas, dan ubah pendekatan. Aku ajar dua student farmasi yang come lote tu untuk ubah semua link yang salah (contohnya... file:///C://MyDocuments...... )... tinggalkan 'namafail.ext(ension)'. Dalam tengah ajar tu baru la perasan salah sorang daripada dua ni dok jauh sana... aku pun ajak la mai dekat. senang nak tengok.

Aku hanyut mengajar hinggalah aku perasan yang jam dah 5:30 dah. Aku tamatkan dengan menunjukkan kepada mereka dua websiteku masa zaman aku student dulu dan website kini.

Fokusku takdelah nak menggatal, tapi ahh... kalaulah ada orang tangkapkan gambar kan bagus.

Memang hanyut... lupa lak tujuanku nak jumpa orang network

takde ramai macam ni

Bukit Bendera 2nd Time


Recently (Sunday 2/3/2008) I went to Bukit Bendera. This time I come because I pity to see my adik ipar duduk boring at rumah. Since this time dekat pilihanraya, I saw lot's of parti posters tergantung dan terpampang di sana sini. banyak poster DAP kat jalan ke Bukit Bendera, mengalahkan Barisan Nasional.

Back to my story, at there at the top, there's a lot of stuff new to me, such as titi gantung canopy walk (i dont take) and rent-a-bike. So I rent a bike. and carry my wife.

Hehe romantic.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...