My College Fund

One day at the computer centre

Hari ini seharian aku di Pusat Komputer, sambil uruskan pindah pejabat. Sayang takde kamera. Tetiba dapat idea gunakan Yahoo Messenger webcam dan printscreen untuk rakam sekitar pusat komputer.

Staf pejabat yang cute layan anak En. Kamarulzaman


Pelajar tenang scan virus menggunakan RizAV dalam komputernya.


Gelagat pelajar menggunakan internet (Riznet-Wireless) yang disediakan secara percuma.

Separuh hari bekerja dari PuKom

MANTAP


Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Pusat ICT telah diadakan di Swiss Garden Inn, Sungai Petani.

Secara kesimpulannya objektif bengkel ini tercapai

Beberapa perkara yang jelas antaranya polisi tiada, dan bagaimana nak memantapkan polisi. yang keduanya tentang S.O.P. Tahniah kepada pembentang disiplin, ia akan dijadikan SOP yang akan digunapakai. Aset merupakan masalah besar dalam company. Cadangan sistem monitoring akan diambilkira sebelum dimasukkan dalam sistem CODA.

Transformasi Modal Insan - Kerelevan zoning? Pembentang (kumpulan 11) merasakan konsep zon perkhidmatan Pusat ICT itu perlu

Ucap tahniah kepada semua dengan bertanyakan soalan. perlukah kita adakan bengkel2 seperti ini di masa akan datang.

Akhirnya tuan-tuan dan puan-puan telah me? potensi diri untuk menghasilkan persembahan / pembentangan.

Banyak kerja yang akan dibuat lepas ini, pembentangan akan disemak. Zulham tak mahu lepas bengel habis cerita.

my new PC

Lama sudah aku mengidam nak laptop ni. Sebelum aku kahwin dulu dah ngidam dah. Masa tu konon nak tunggu dulu sampai Windows Vista keluar. Bukannya aku nak pakai laptop yang berVista tapi, biasanya bila ada windows baru, penanda aras spec komputer dah naik sikit.

Lama menunggu, peruntukkanku untuk beli laptop tu dah habis lesap ke pelaburan haram Buy-E-Barrel dan MyDinar.net. duit BuyEBarrel lesap gitu aje, sekurang2nya dengan MyDinar, saya dapatlah juga 40,100 Dinar Iraq.

So lama-lama Windows Vista pun keluar, Microsoft masuk kampus... student present ke'WOW'an Vista (yang tak berbalui dengan duit, sedangkan dalam FLOSS ada Beryll atau Compiz yang boleh buat lebih dari astetika vista). Aku dah takde duit nak beli laptop.

So apply punya apply kad kredit kena reject. Lastly bulan 11/2008 apply loan komputer company. Loan ni macam loan kerajaan gak. 4% setahun ke atas baki. Kira terendah antara semua loan.

Dah masuk bulan 2, haram takde berita. Dengar cerita, pegawai-pegawai tinggi yang nak kena luluskan ni belum bermesyuarat.

Pastu ternampaklah sebuah komputer di sebuah kedai barangan elektriknik (elektrik + elektronik) yang pamerkan HP Pavillion tx 1000 dengan harga yang aku rasa murah dengan apa yang laptop itu tawarkan. Ia juga sebuah tablet PC. Jenama majikan kawan aku yang kini dahhulunya programmer jalanan, kini dalam usaha nak jadi programmer jutawan.

Aku terpikat lalu aku carilah usaha, lalu aku apply personal loan. Akhirnya loan aku diluluskan, aku beli dengan menggunakan kad debit visa elektron financier aku.

Bila difikirkan balik, tak tersangka yang aku akan dapat membeli sebuah tablet PC dengan harga 40% lebih murah daripada kebiasaan harga tablet PC. Tapi tablet PC ni tak menggunakan AMD Turion 64 x2, sebaliknya menggunakan AMD Athlon 64 x2 (yang dikatakan kuat makan bateri = cepat panas).

Kini aku dah apply mobile internet (broadband) pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...