My College Fund

Tempat orang buang tahi jugalah tempat orang buat tahi

Mak aku ada cerita yang tempoh hari suami kawannya kerugian lebih RM 800. Satu jumlah yang banyak terutamanya tahun ni kakitangan awam tak dapat bonus.

Ceritanya begini, mangsa baru mendapat claim kerja dalam RM 1000. Jadi dia pun bawalah belanja kawan-kawan makan dekat satu tempat dalam lebuhraya (mak aku tak bagitahu aku lebuhraya mana). Selepas melantak dengan kawan-kawan, dia pun pergilah bayar RM 200.
Lepas dia masukkan dompet dalam seluarnya, dia rasa nak pergi tandas. Dia suruhlah kawan balik dulu sebab dia nak berak.

Oleh kerana tandas takde tempat sangkut baju atau sekurang-kurangnya paku untuk sangkut pakaian, maka dia pun sidai seluarnya di atas palang pintu. Seluarnya bukannya banyak yang ada kat luar, sikit je.

Sedang dia bersiap-siap untuk berak, tiba-tiba seluarnya melayang keluar. Terus terbantut nak berak. Tahu-tahu seluar dah ada atas lantai dengan dompet hilang.

Kesian dia tersangkut kat lebuhraya... takleh keluar. Nasib baiklah dia dapat telefon kawan-kawan yang dia belanja tadi untuk memberi bantuan sorang sedikit. Kalau tak, memang dia akan terperangkap dalam lebuh rayalah gamaknya.

Raya tahun ni kira tak bestlah juga. Yelah, duit tu la gamaknya nak buat belanja raya.

Ibuku syak mungkin ada orang dok perati-perati dia. Tapi pendapat aku lain, aku rasa memang ada orang saja buat port kat situ. Ye lah macam manalah tandas kat lebuhraya takde penyangkut kan. Mesti penyanyak dah sengaja cabutkan untuk mencari mangsa.

Itulah...

Tempat orang buang tahi jugalah tempat orang buat tahi.

1 ulasan:

  1. kesimpulannya..

    pegang laa dompet sambil memerut.kepuasan.. susah nak dikawal.. tapi senang nak dilepaskan.. duit susah nak dicari susah nak dilepaskan. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...