My College Fund

Bonus Angkasa Gaban

sekadar penyeri blogBaru-baru ni saya sembang dengan kawan aku yang dah tak keje USM dah. Dia furious dengan Program Angkasawan dengan kos RM 97 juta. Kata kawan saya RM 97 juta tu kalau kasi orang miskin kat Malaysia ni makan lagi bagus. Saya dalam masa yang sama setuju dengan pandangan PM bahawa Program Angkasa Lepas bukannya pembaziran seperti dalam Berita Harian sangat.

Seingat saya, pada Mei 1997 lepas rakyat Malaysia berjaya menawan Everest untuk pertama kalinya bukankah ada ura-ura dari menteri-menteri zaman Tun Mahathir untuk kita menawan bulan selepas '97. Selepas tahun 1997 itu kerajaan ada buat pemodenan tentera Malaysia yang salah satu daripadanya membeli pesawat pejuang Sukhoi.

Pada pandangan saya (yang tak berasas ni) bahawa Malaysia tak berapa setuju harga Russia, lepas tu datanglah idea yang untuk memasukkan idea ke bulan. Kalau hantar Malaysia ke bulan, kira 'deal'. Russia yang tak pernah hantar manusia ke bulan kiranya macam counter balik dengan tawaran paling jauh ke ISS sahaja. Lagipun selepas tahun 1972 tiada manusia (tajaan USA) lagi yang dihantar ke bulan.

Saya berkata kepadanya bahawa, Program Angkasawan tu kiranya dah kowtim dan sap-sap-sui. Bila Pak Lah naik 'takhta', masa tu 'deal' dengan Russia dah termetrai, dah tak boleh cancel dan sudah tak boleh minta refund dari Russia. Jika dah tak boleh minta refund lebih baik hantar angkasawan daripada burn macam tu je kan.

Kawan saya ni kira macam tak puas hatilah, katanya kenapalah guna duit rakyat untuk SEORANG angkasawan sangat sedangkan ramai yang tak makan, ramai dalam "Bersamamu TV3" yang melarat, ramai anak Malaysia yang menganggur, ramai kakitangan awam menjerit meminta bonus 2007.

Apalah yang dibanggakan sangat dengan seorang angkasawan, bukanlah lebih baik guna duit rakyat untuk train RAMAI rakyat menjadi jurutera angkasa. Bawa industri pelancaran roket ke Malaysia, bukankah itu lebih baik. Duit pun dapat, rakyat pun mewah. ...katanya

Saya menegaskan ini yang pertama yang memangkin industri angkasa masa depan.

Kawan saya ini kemudiannya merujuk kepada hartawan/dermawan dari Afrika Selatan, Mark Shuttleworth yang baliknya beliau daripada pelancongan angkasa, membawa faedah kepada dunia dengan mengasaskan Ubuntu Linux (sejenis sistem pengoperasian yang macam Windows Vista, berbanding Vista, Ubuntu ni PERCUMA) dan mengedarkannya percuma kepada dunia. Beliau argue apakah manfaat yang bakal dibawa oleh Angkasawan kita untuk semua rakyat yang perginya dengan duit rakyat, duit yang dikutip dari hasil tol, cukai, dan pengurangan subsidi minyak?

Saya dalam hatu setuju juga dengan pandangannya yang terakhir... Jika Mark Shuttleworth melancong ke angkasa dengan duit sendiri (bukannya duit rakyat) kemudian balik ke bumi bagi free Ubuntu (sampai ke hari ini), apakah pula yang bakal dibawa oleh angkasawan kita (yang ke angkasa dengan duit kita)?

Saya tamatkan sesi borak kami dengan kata-kata "itu kita tunggu apa yang Sheikh Muzaphar nak contribute, lepas tu kita cerita lain".

Selepas itu kami tak bersembang pasal angkasawan ... takut persahabatan terhakis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...