My College Fund

H. M. Tuah Iskandar was here

e-kad raya H.M. Tuah IskandarPagi ini H.M. Tuah Iskandar datang mengadakan sesi seminar / bengkel / ceramah motivasi 3E di USM. Sayang sungguh kerana tidak dapat menghadiri seminar beliau. Kalaulah tak kerana meeting dengan C.I.O. petang ni, mungkin esok I am a new man.

Saya mungkin boleh gunakan motivasi dari Dr. Tuah untuk cas-semula semangat saya untuk bekerja. Kali terakhir saya di-cas adalah semasa form 3 (1994) untuk Study Smart A+ di mana ketika itu saya fully-recharge dan menghasilkan result "A" dalam PMR.

Manalah tahu dengan cas kali ini, 10 tahun nanti, saya boleh tangkap sebijik Mercedes Benz macam Dr. Tuah, kan?

p/s- Mercedes Benz yang last sekali aku naik adalah Mercedes Benz yang berlabel "Milan Travel (44 penumpang, 7 berdiri)"

Bonus Angkasa Gaban

sekadar penyeri blogBaru-baru ni saya sembang dengan kawan aku yang dah tak keje USM dah. Dia furious dengan Program Angkasawan dengan kos RM 97 juta. Kata kawan saya RM 97 juta tu kalau kasi orang miskin kat Malaysia ni makan lagi bagus. Saya dalam masa yang sama setuju dengan pandangan PM bahawa Program Angkasa Lepas bukannya pembaziran seperti dalam Berita Harian sangat.

Seingat saya, pada Mei 1997 lepas rakyat Malaysia berjaya menawan Everest untuk pertama kalinya bukankah ada ura-ura dari menteri-menteri zaman Tun Mahathir untuk kita menawan bulan selepas '97. Selepas tahun 1997 itu kerajaan ada buat pemodenan tentera Malaysia yang salah satu daripadanya membeli pesawat pejuang Sukhoi.

Pada pandangan saya (yang tak berasas ni) bahawa Malaysia tak berapa setuju harga Russia, lepas tu datanglah idea yang untuk memasukkan idea ke bulan. Kalau hantar Malaysia ke bulan, kira 'deal'. Russia yang tak pernah hantar manusia ke bulan kiranya macam counter balik dengan tawaran paling jauh ke ISS sahaja. Lagipun selepas tahun 1972 tiada manusia (tajaan USA) lagi yang dihantar ke bulan.

Saya berkata kepadanya bahawa, Program Angkasawan tu kiranya dah kowtim dan sap-sap-sui. Bila Pak Lah naik 'takhta', masa tu 'deal' dengan Russia dah termetrai, dah tak boleh cancel dan sudah tak boleh minta refund dari Russia. Jika dah tak boleh minta refund lebih baik hantar angkasawan daripada burn macam tu je kan.

Kawan saya ni kira macam tak puas hatilah, katanya kenapalah guna duit rakyat untuk SEORANG angkasawan sangat sedangkan ramai yang tak makan, ramai dalam "Bersamamu TV3" yang melarat, ramai anak Malaysia yang menganggur, ramai kakitangan awam menjerit meminta bonus 2007.

Apalah yang dibanggakan sangat dengan seorang angkasawan, bukanlah lebih baik guna duit rakyat untuk train RAMAI rakyat menjadi jurutera angkasa. Bawa industri pelancaran roket ke Malaysia, bukankah itu lebih baik. Duit pun dapat, rakyat pun mewah. ...katanya

Saya menegaskan ini yang pertama yang memangkin industri angkasa masa depan.

Kawan saya ini kemudiannya merujuk kepada hartawan/dermawan dari Afrika Selatan, Mark Shuttleworth yang baliknya beliau daripada pelancongan angkasa, membawa faedah kepada dunia dengan mengasaskan Ubuntu Linux (sejenis sistem pengoperasian yang macam Windows Vista, berbanding Vista, Ubuntu ni PERCUMA) dan mengedarkannya percuma kepada dunia. Beliau argue apakah manfaat yang bakal dibawa oleh Angkasawan kita untuk semua rakyat yang perginya dengan duit rakyat, duit yang dikutip dari hasil tol, cukai, dan pengurangan subsidi minyak?

Saya dalam hatu setuju juga dengan pandangannya yang terakhir... Jika Mark Shuttleworth melancong ke angkasa dengan duit sendiri (bukannya duit rakyat) kemudian balik ke bumi bagi free Ubuntu (sampai ke hari ini), apakah pula yang bakal dibawa oleh angkasawan kita (yang ke angkasa dengan duit kita)?

Saya tamatkan sesi borak kami dengan kata-kata "itu kita tunggu apa yang Sheikh Muzaphar nak contribute, lepas tu kita cerita lain".

Selepas itu kami tak bersembang pasal angkasawan ... takut persahabatan terhakis

Tempat orang buang tahi jugalah tempat orang buat tahi

Mak aku ada cerita yang tempoh hari suami kawannya kerugian lebih RM 800. Satu jumlah yang banyak terutamanya tahun ni kakitangan awam tak dapat bonus.

Ceritanya begini, mangsa baru mendapat claim kerja dalam RM 1000. Jadi dia pun bawalah belanja kawan-kawan makan dekat satu tempat dalam lebuhraya (mak aku tak bagitahu aku lebuhraya mana). Selepas melantak dengan kawan-kawan, dia pun pergilah bayar RM 200.
Lepas dia masukkan dompet dalam seluarnya, dia rasa nak pergi tandas. Dia suruhlah kawan balik dulu sebab dia nak berak.

Oleh kerana tandas takde tempat sangkut baju atau sekurang-kurangnya paku untuk sangkut pakaian, maka dia pun sidai seluarnya di atas palang pintu. Seluarnya bukannya banyak yang ada kat luar, sikit je.

Sedang dia bersiap-siap untuk berak, tiba-tiba seluarnya melayang keluar. Terus terbantut nak berak. Tahu-tahu seluar dah ada atas lantai dengan dompet hilang.

Kesian dia tersangkut kat lebuhraya... takleh keluar. Nasib baiklah dia dapat telefon kawan-kawan yang dia belanja tadi untuk memberi bantuan sorang sedikit. Kalau tak, memang dia akan terperangkap dalam lebuh rayalah gamaknya.

Raya tahun ni kira tak bestlah juga. Yelah, duit tu la gamaknya nak buat belanja raya.

Ibuku syak mungkin ada orang dok perati-perati dia. Tapi pendapat aku lain, aku rasa memang ada orang saja buat port kat situ. Ye lah macam manalah tandas kat lebuhraya takde penyangkut kan. Mesti penyanyak dah sengaja cabutkan untuk mencari mangsa.

Itulah...

Tempat orang buang tahi jugalah tempat orang buat tahi.

First Malaysian angkasawan returns to safely earth

Sheikh Muzaphar Shukor with Russian costume. - photo by AFPMOSCOW (AFP) - Two Russian cosmonauts and the first Malaysian in space returned to Earth on Sunday in an unusually abrupt and off-target manner after leaving the orbiting the International Space Station, Russian mission control said.

read more at Yahoo! News Asia

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin

Balik Kampung oh oh oh! - gambar dari rezdrake.blogspot.comSaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Juga di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada kasar bahasa, memperlingkupkan komputer, dan macam-macam lagi.

Sama-sama lah lepas ini kita bermaafan sesama kita.

(gambar yang telah diedit ini telah diambil dari http://rezdrake.blogspot.com)

Malaysia ke Angkasa

http://www.angksawan.com.my/blog - gambar rasmi angkasawan TMA-11

10.10.2007 tercatatlah sejarah baru untuk Malaysia. Rakyat Malaysia telah berjaya ke angkasa. Angan-anganku semasa kecil untuk melihat Jalur Gemilang "menggantikan" Star Sprangled Banner (bendera USA) pada baju angkasawan telah termakbul. Tahniah Malaysia!

Webmaster Malaysia gathering Penang


Jelutong (PP) 28/9/2007 - webmastermalaysia.com telah mengadakan perjumpaan webmaster Pulau Pinang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Starbucks, eGate, bersebelahan dengan Tesco (Jelutong).

...maklumat lanjut boleh dibaca dari blog
iCalvyn
Getfound.com.my
Seraph Studios Chronicles
Blogging Secret
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...