My College Fund

Saya nak balik Kulim

Kesian Ahmad Shalihin, baru-baru ini dia ditipu. Berikut adalah pos beliau dalam sebuah forum.

Salam Budiman untuk sekelian...

Saya ingin memesan kepada warga kampus yang berkunjung ke [Hypermarket] terutamanya sewaktu hujung bulan hingga awal bulan (waktu dapat gaji). Terdapat seorang perepuan Melayu berusia 30-an, berkulit sawo matang, memegang payung, berpakaian sempurna dan bertudung (malunya buat perangai macam ni), akan menghentikan kenderaan dan menagih simpati yang teramat sangat untuk meminta wang kerana beg duitnya tercicir dan dia baru balik kerja dan ingin pulang ke rumah di Taman Selasih, Kulim. Dia akan bagi pelbagai alasan dan kemudian akan meminta duit sebanyak mana yang kita mampu. Saya dan pasangan telah tertipu pada hujung bulan jun lalu dan semalam 3 Ogos 2007 kira-kira jam 10.30mlm kami ternampak individu yang sama sedang mendakyah pengunjung yang lain.

Saya cuba untuk ke kenderaan tersebut tetapi terlambat dan kenderaan tersebut telah bergerak. Individu tersebut masih di situ menunggu mangsa yang lain pula. sewaktu saya dan pasangan ditipu, kami dengan rasa penuh simpati memberi RM 12.00 kerana secara logiknya dia perlu menaiki teksi untuk ke Kulim.

Berpesanlah kepada rakan-rakan yang lain yang tidak berkesempatan membaca buletin ini.

Sekian wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...