My College Fund

Cara Kira agregat SPM - How to count SPM examination aggregate


Laman Web Amirull Nazrill (arkib - Reocities)Laman Web Amirull Nazrill (original - Yahoo Geocities) menceritakan secara ringkas (tidak rasmi) bagaimana nak kira agregat SPM.


( disalin dari Laman Web Amirull Nazrill (arkib - Reocities) . Sila ke Reocities untuk menderma kepada projek pengekalan arkib Geocities )

Syarat Asas Pemberian Sijil SPM

Mesti lulus sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran dan dua daripadanya dengan kepujian.
  1. Pangkat Satu
    1. Sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
    2. Kepujian dalam 5 mata pelajaran lain.
    3. Agregat untuk 6 matapelajaran tidak melebihi 24.
    4. Pengiraan agregat didasarkan kepada 6 mata pelajaran terbaik termasuk Bahasa Melayu, dua mata pelajaran elektif dan tiga lagi yang terbaik daripada mana-mana kumpulan.
  2. Pangkat Dua
    1. Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu. 
    2. Sekurang-kurangnya kepujian dalam 4 mata pelajaran. 
    3. Lulus sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran. 
    4. Agregat tidak melebihi 34, yang dikira daripada 6 mata pelajaran terbaik termasuk Bahasa Melayu, dua mata pelajaran elektif dan 3 lagi yang terbaik danpada mana-mana kumpulan.
  3. Pangkat Tiga
    1. Lulus Bahasa Melayu
    2. Lulus 6 mata pelajaran dan 2 daripadanya mestilah kepujian.
    3. Agregat tidak melebihi 44, yang dikira daripada 6 mata pelajaran terbaik termasuk Bahasa Melayu, dua mata pelajaran elektif dan 3 lagi yang terbaik daripada mana-mana kumpulan.
Calon layak mendapat Sijil bagi Peperiksaan SPM dengan syarat sekurang-kurangnya lulus Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Pengiraan agregat boleh membabitkan kumpulan mata pelajaran di luar KBSM seperti Kesusasteraan Cina, Kesusasteraan Tamil.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...bleh tanya sikit

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...bleh tanya sikit

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...