My College Fund

MyKad perkataan rojak?

Beberapa bula lepas heboh pasal memartabatkan Bahasa Melayu. Media Prima mengambil langkah untuk mengelakkan diri daripada impresi negatif dengan menukar nama karnival "sure heboh" kepada "jom heboh"

Kemudian nama MyKad dipertikaikan dalam ruangan forum (utusan)

MyKad juga perkataan rojak

KITA memang patut berbangga dengan saranan kerajaan agar memartabatkan bahasa Melayu. Baru-baru ini TV3 juga telah mengubah nama Sureheboh kepada Jomheboh demi menyahut seruan kerajaan.

Dan banyak iklan menggunakan bahasa Melayu dan drama TV yang menggunakan bahasa rojak akan dielakkan. Tahniah buat mereka semua.

Tetapi setelah sekian lama saya menunggu sama ada orang lain akan membuat cadangan, namun tiada.

Adakah kita sedar sebenarnya dalam kad pengenalan kita terdapat bahasa campur iaitu MyKad (tak tahulah kalau ada maksud lain). Adakah ini juga perlu dikaji sama ada hendak diubah atau tunggu. Saya harap pihak Jabatan Pendaftaran Negara sedar akan masalah ini.

- HIDUP MELAYU,
Kluang, Johor.


Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, segera menjawab

JPNM perjelas perkataan MyKad

JABATAN Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Hidup Melayu, Kluang di atas pandangan dan keprihatinan beliau mengenai MyKad yang juga didakwa oleh beliau sebagai perkataan rojak (Forum, 4 April 2006).

Bagaimanapun, JPNM ingin menjelaskan berkenaan perkataan MyKad, perkataan My adalah selaras dengan alamat Internet Malaysia manakala ‘kad’ adalah singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’ yang juga bermaksud kad.

Untuk makluman, pemilihan nama rasmi bagi Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan pada tahun 2001, telah dikaji secara terperinci supaya ia berprestij dunia.

Dengan penjelasan ini, JPNM berharap ia tidak akan menimbul lagi sebarang kekeliruan pada masa akan datang.

- JAINISAH MOHD. NOOR,

Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Carian MyKad dalam Wikipedia, membolehkan anda faham serba sedikit mykad ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...