My College Fund

Bahasa Melayu oh Bahasa Melayu

Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang memartabatkan Bahasa Melayu. Mangsa pertama terkena kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dengan itu banyaklah pandangan-pandangan tentang untuk memperbaiki DBP dan sebagainya. Kemudian penggunaan frasa yang salah digembar-gemburkan sebagai punca BM lesu.

Pada pandangan saya, sepatutnya perkara seperti penggunaan BM di papan tanda perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Kemudian layanan pihak kedai perlu dalam BM dulu, melainkan pelanggan bertutur dalam bahasa lain. Laman-laman web terutamanya yang mempunyai TLD .my (dot my) perlulah mempunyai pilihan BM atau dwi bahasa.

Ada banyak lagi langkah... tapi yang penting gunakan BM dahulu. Kesilapan kecil, biarlah dulu. Yang penting gunakan Bahasa Melayu dulu.

Bagi pihak yang memartabatkan Bahasa Melayu, saya puji anda. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...