My College Fund

Movie: Gol & Gincu

Saya berpeluang menonton filem ini selepas dibelanja oleh seorang kawan baru yang juga seorang jururawat masyarakat... Actually saya nak jumpa dia, sekali dia bawa adik dia daa, lepas saya berabis duit belanja 4 orang makan kat KFC, dia pula tetiba bawa saya ke pawagam, kami tonton "Gol & Gincu"...

back on Gol dan Gincu

cerita dia tentang Putri yang bertekad untuk menawan kembali Eddy, bekas teman lelakinya yang memang gilakan futsal. Namun, ianya bukanlah semudah yang disangka. Pasukan yang ditubuhkan Putri memang bermasalah. Tidak seperti dalam filem-filem biasa yang cuma ada masalah dengan permainan sahaja, tapi masalah lain, J misalnya bermasalah dengan ibu yang tidak benarkan dia bermain futsal, Sarah dengan masalah BF yang tak sporting, Jiji (eh bukan ke dia ni heroin SePeT yang menggegar jantungku itu?) dengan masalah peribadi (tengok le dulu baru tau) --frust kena tinggal Jason (SePeT) kot, dan macam-macam masalah lagi.

Of course team Putri nyata sekali bukan tandingan bagi pasukan Ballbuster, Shasha, Ratu Futsal dan teman baru Eddy…

Filem ini macam 'girly' sikit (dan sosial), sesuai jika anda datang dengan temanita, adik pompuan, etc (asalkan pompuan). Lebih baik daripada filem tentang futsal, "Gila Bola", dan boleh dikomersilkan ke luar negara.

Keseluruhannya, intro, isi, dan penutup cerita ini digarap sempurna sekali. photograpic shot, memang excellent.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...