My College Fund

Qaisy & Laila review

Malam ini tayangan perdana Qaisy dan Laila telah ditayangkan di DTSP. Majlis tayangan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar. Puan Habsah Hassan dan suami, dan diserikan juga dengan kehadiran Radhi Khalid.

Dalam ucapan aluan Puan Habsah Hassan, kisah ini yg mengambil 2 tahun untuk disiapkan ini merupakan kisah cinta bukan berdasar nafsu, berbanding dengan kisah cinta yang selalu disajikan dalam filem-filem lain. Penonton-penonton diajak menonton dari segi ilmiah. Apa yang 'Kak Chah' ingin lontarkan.

Puan Habsah Hassan meminta agar penonton menghayati filem ini terutamanya watak Qaisy. Puan Habsah juga ingin penonton cuba faham apa idea yang cuba 'Kak Chah' ingin lontarkan. Tentang keamanan, kesusahan, berita / pengalaman dari kacamata kita (bukan barat) dan kesukaran Qaisy yang terpaksa melupakan pengajian semata-mata kerana perang.

Bila ditanya tentang filem 'Kak Chah' yang akan datang, Puan Habsah Hassan menjawab "Err... Tunggu Kak Chah kumpul duit dulu..."

Encik Radhi Khalid pula memberitahu yang berlakon dengan melihat perkara sebenar adalah dua perkara yang berbeza sekali. Radhi yang membawa watak Sadiq juga memberitahu yang pelarian Afghan (kerana filem ini difilemkan di kem pelarian Afghan di Pakistan) tidak seperti kita, hanya hidup untuk hidup, sudah tidak memikirkan masa depan, kerana setiap kali mereka mengimpikan sesuatu, impian mereka dimusnahkan.

Malangnya Nur Fazura (Laila) tidak dapat meluangkan masa bersama penonton USM semalam, jika tidak bolehlah saya beritahu, "Siti Nurlaila, lupakan Arman, ambilah Rizman". ^_^

Umie Aida (Dr. Suria) dan Jehan Miskin (Qaisy) juga tidak Tak mengapalah Radhi pun nama yang terkenal juga (lagipun ini adalah kali pertaman saya dengar nama Nur Fazura dan Jehan tambahan kampung Radhi ada dekat ngan USM, err tempat tu kena tanya Radhi la).

Apa yang menariknya filem ini? Saya dapati seni fotografi dalam filem ini sangat bagus. Dengan 'Abang' Indra Che Muda menjadi pengarah fotografi, filem ini besar kemungkinan akan dicalonkan dalam kategori sinematografi terbaik. Langkah Puan Habsah menggunakan kamera Varicam DVCPRO HD Panasonic menjadikan filem ini, filem teaterikal Malaysia yang pertama dalam format digital. Gambar dan bunyi berkualiti digital, memang saya puas hati.

dari segi cerita pula, rasanya anda perlu ke pawagam menonton citer ini. Filem ini akan ditayangkan mulai 30 Julai 2005.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...