My College Fund

Tun Dr. M kata guna perisian khas bagi halang lucah. Boleh download yang FREE


Internet hari ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya internet, perkara-perkara bermanfaat seperti e-mel, e-dagang, perkongsian ilmu antarabangsa, e-learning, portal kampus sejahtera, dan perkongsian kerja sumber terbuka. Malah kini beberapa individu dalam komuniti sumber terbuka berjaya menyiapkan perisian tanpa pernah bersua muka antara satu sama lain, hasil kecanggihan internet.

Internet juga mempunyai banyak maklumat, gambar, dan video yang boleh dicapai, malangnya dalam berbilion maklumat ini, terdapat gambar dan video lucah yang tidak patut ditonton oleh err...

Pada Isnin, 23 Mei 2005 Tun Dr Mahathir mencadangkan agar kerajaan dan ibu-bapa memasang perisian khas untuk menapis lucah internet. Beliau juga memberitahu yang kebanyakkan kita tidak mahu membelanjakan sedikit wang untuk memasang perisian tersebut.

Di sesetengah jabatan kerajaan, mereka tiada masalah kerana, kerana mereka mungkin menggunakan penapis web filter, tetapi bagaimana di rumah anda, bagaimana dengan anak-anak anda? Apakah anda perlu membeli perisian penapisan internet yang mahal?

Itu sebenarnya tiada masalah, Anda boleh dapatkan iProtectYou 3.01 di http://www.download.com .Walaupun ia bukanlah versi terkini (versi terkini, kena bayar), tapi ia boleh dilarikan dalam Windows 95, 98, ME, 2000 dan Windows XP. Dapatkan percuma di internet dan kini anda tak perlu risau wang yang akan terbang, dan apa yang anak anda lihat di internet.

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...