My College Fund

Kisah 2 orang housemate dari Kelantan

Saya menyewa sebuah bilik di sebuah apartment. Apartmen ini bukannya best sangat, tak cantik pun. Saya menyewa bilik bersendirian. Housemate yang lain sewa sebilik, 2 orang. Awal bulan ini ada sebuah bilik telah kosong. Saya peduli apa kan, sewa bilik saya tetap sama je. Setelah lebih kurang 1/2 bulan bilik sewa itu diisi dengan 2 lelaki dari Kelantan. Mereka ini jenis cari rumah dulu, baru cari kerja.

Dengan SPM, apalah yang boleh diharap sangat. Ibu-bapa pun cuma penoreh getah. Malang bagi mereka sebab mereka tak dapat kerja yang diidamkan (kerja kilang), sebaliknya bekerja di sebuah restoran makanan segera di sini.

Menurut mereka gaji sangat rendah. Kerja sangat teruk. Saya telah mencadangkan kepada mereka, jika susah sangat, cubalah menjadi jururawat. Saya juga minta mereka agar jangan pedulikan apa orang nak kata. Saya juga nyatakan yang yang mengejek itu bukannya yang nak beri duit pun.

Kerana kesian, saya nak belanja mereka berdua makan. Seorang daripada mereka, kena kerja pada keesokkan harinya. Jadi saya bawa seorang itu membeli cakotiau 2 untuk mereka makan bersama di rumah. Sebelum pulang, saya membawa dia ke pejabat kerja saya. Kawan saya yang tak pernah sentuh komputer ni terbeliaklah dengan kemudahan, aircond, dan macam2 yang saya dapat dengan keje saya ni. Sambil saya terangkan serba sedikit tentang komputer dan kerja saya. Saya juga basuh sedikit dia dengan memberi tahu yang dengan teruskan pelajaran, pekerjaan dan pilihan akan berbeza dengan kerja yang dia boleh minta kini. Gaji pun lebih.

Kesusahan mereka berdua membuatkan saya rasa saya sepatutnya rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak ibu dan bapa saya, serta peluang dan kerja yang saya ada sekarang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...