My College Fund

Semua ini 2 sen jer! #bitcoin


Semua ini aku 2 sen jer!

Hai tak logik, tak logik... semua ni dekat RM100 takkan 2 cent ja? tapi memang logik... hmm... macam mana tu... hmm...

Bayangkan kalau boleh cakap macam ni. Sebenarnya boleh! Ini semua sebenarnya dibeli pada harga RM83.80. Tapi kalau tukar pakai bitcoin, tak sampai BTC 0.02 (2 centbit).

Sekarang ni saya tengah tunggu kad debit bitcoin sampai. Nanti saya test acceptance dia kat pasaraya. Boleh pakai ke tak?

Sebelum akhiri, kalau siapa2 nak 'gali' dan dapatkan bitcoin...
DOWNLOAD APPS DIA KAT SINI atau sini http://CARIWANG.TOP

Luno

nak sembang-sembang mai pi http://duit.wang

Video: Lelaki Muslim Hentikan Pergaduhan Remaja

Hebat! lelaki muslim ini memberhentikan pergaduhan jalanan dua remaja kulit hitam
@ 2:35 = Assalamualaikum bro!

Free Bitcoin! Bitcoin Percuma untuk warga Pulau Pinang


Kami Kawan saya, Nasir tengah bagi bitcoin percuma (bernilai 1,000 satoshi). Ikut je arahan dalam gambar. 

TERBARU! follow arahan yang ditulis dalam facebook ini yer... https://www.facebook.com/NasirXYZ/posts/10158357218770364

Milo Breakfast Day 2017 #MBD2017

Myfirsttime - Untuk pertama kalinya, saya sertai larian. Faktor-faktor saya terjebak ini dari:
0 - Dipujuk rakan sepejabat untuk masuk mana-mana larian
1 - Dipujuk rakan sepejabat yang fun run ni lari santai-santai jer... sesuai untuk pemula
2 - plan masa IMKK nak masuk 1 larian
3 - sakit baru-baru ni, join lari sebab nak turunkan gula
4 - dekat


collect t-shirt dan bip
  
lari - macam ni la bila baju saiz M

jumpa blogger Neyra.com - muat pulak dia pakai saiz S

ada pasukan sorak, bersemangat lari

tamat akhirnya

fikir positif, sampai

lapar: berpiknik sarapan beramai-ramai

gift dari MILO (hadiah semua sama alang-alang ada orang nak ambik gambar, tumpang tangkap sekali, so saya tak payah keluarkan hadiah dari beg)

bergambar dengan MC - nadiaheng.com

dengan Zumba dancers 

seganlah mau tanya haha

lagi yang berminat dengan pingat

Sayalah Chef Riz

'Rimau' Maskot Sukan SEA

10:30AM - Hujan, semua lari balik

No.1 - Malaysia mempunyai perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik dunia?

pelajar jururawat 1998 - oleh Rizman Suzaidi / Jururawat.net (boleh salin percuma dengan menyertakan teks Rizman.net dan/atau Jururawat.net)

Dalam banyak-banyak negara yang mempunyai perkhidmatan kesihatan terbaik dunia ini, cuba teka negara kita terletak nombor mana?

Artikel dari laman web TV amerika, CNBC menyatakan bahawa laman web International Livings mengeluarkan senarai 4 negara yang mempunyai perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik dunia pada tahun 2017!

Dan tidak disangka-sangka mereka meletakkan Malaysia di Nombor 1!!!! (ape pulak corot... nombor satu weh! nombor satu!)

Antara (terjemahan) dari yang ditulis adalah:

"Malaysia mempunyai beberapa doktor-doktor terbaik di Asia. Majoriti daripada mereka mempunyai kelulusan dari Amerika Syarikat, Australia, atau UK. Malahan, kesemua mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini mengurangkan banyak tekanan (tekanan tambahan dari segi bahasa) dari keadaan (pesakit) yang memang tertekan (dengan kesakitannya)."

"Pada 2016 Malaysia telah dikunjungi oleh lebih daripada 1,000,000 pelancong perubatan dari seluruh dunia, satu angka yang tertentu meningkat pada tahun 2017."

Dalam Indeks Persaraan Global 2017, Malaysia menerima 97 mata mengalahkan Columbia (96), Costa Rica (94), Mexico (91), Filipina (90) & Thailand (90) dalam bidang penjagaan kesihatan, manakala secara keseluruhannya Malaysia berkedudukan No.6 sebagai 'syurga' persaraan (tempat terbaik untuk bersara) 2017.

Sudah tentunya sokongan dari jururawat dan team paramedik yang lain turut menyumbang kepada perkara ini. Tahniah kepada doktor, jururawat, pasukan paramedik, dan lain-lain kerana meletakkan nama negara di NOMBOR SATU_!!!!

Matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menjadi 20 terbaik kini telah tercapai!

RM215,000 - nilai sponsor website

Sebuah kelab bolasepak negeri, Melaka United menerima penajaan perkhidmatan laman web bernilai RM215,000 dari Shekinah PR. Penajaan tersebut untuk semua perkhidmatan laman web, nasihat berkenaan media, dan lain-lain selama 3 tahun untuk kempen Melaka United dalam kancah liga bola di Malaysia.

keratan akhbar dari Sinar Harian

Kutu Haram, Salah & denda RM5000?

Tahu yang main kutu ini denda RM5000 dan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta 28 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 sekiranya ianya dijalankan berasaskan perniagaan?

Kalau menjalankan perniagaan mengutip kutu ni, salah mengikut undang-undang. Tapi kalau yang individu buat yang jenis simpan, takde riba / dividen (contohnya simpan RM100 selama 12 bulan, dan dapat RM1200) itu dibolehkan, dan harus... ...kalau nak tahu cerita panjang, bacalah Sinar Harian yer...

Gempar! UFO kelihatan di Pulau Pinang?



Video penampakan apa yang dianggap sebagai UFO di Komtar Pulau Pinang. Anda saksi dan nilaikan sendiri apakah itu UFO atau sesuatu buatan manusia ~ foto dari FB 王顺友


UFO?


Penonton

dari facebook 王顺友




.
dahulunya dikenali sebagai

Buatkan pelanggan tengok iklan kita selalu


Pelanggan tak buang iklan kita, malah siap gantung / tampal lagi kat dalam rumah atau pejabat dengan teknik ini. Apakah teknik tu? Nak tau ke?

Sebenarnya senang je, ambil pen dan kertas, salin yer...

Jeng-jeng-jeng, bagi je kalendar syarikat anda kat pelanggan / bakal pelanggan. Pelanggan akan simpan kalendar kita tu 365 hari. Biasanya pelanggan akan simpan kalendar kita tu 365 hari. Pelanggan akan rujuk kalendar kita setiap kali nak cek tarikh, cuti, dan sebagainya.

Nak lagi orang selalu tengok, buatkan kalendar islamik yang ada waktu solat tu. hehe.

Jangan lupa masukkan informasi-informasi berkenaan dengan syarikat anda seperti nombor telefon, alamat internet (nama domain) dan laman web.

Papan kecil kat kalendar tu tak mampu nak masukkan semua maklumat perniagaan, senarai barang-barang faedah/khasiatnya, dan tawaran-tawaran jualan untuk pelanggan. Sebab tu anda perlukan laman web. Dalam laman web pelanggan dan bakal pelanggan boleh mengetahui lebih banyak lagi. Untuk memudahkan pelanggan datang ke laman web pula, gunakan nama domain (alamat internet) yang mudah diingat (contohnya: abc.xyz, azdirazlan.com, kechix.com, takaful4you.me, kerangbakar.com, perodua.top, khemah.top, aurawangi2u.com, tehrerama.asia, amara.group)

Selamat mencuba & selamat maju jaya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...